Wednesday 29 August 2012

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK KONSEP KENDIRI POSITIF


Oleh : Khairunmisa binti Jamil Khir.

Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi ‘role model’ murid Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan membentuk ciri personaliti yang berkeyakinan Iklim sekolah yang kondusif serta ada peluang penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif.

PENGARUH KONSEP KENDIRI TERHADAP TINGKAH LAKU INDIVIDU

Penerimaan atau penolakan diri. Penerimaan kendiri apabila seseorang itu berperasaan kasih sayang dengan keluarga, rakan ataupun guru di sekolah.Perasaan yang dirasai akan membawanya menerima dan menghargai dirinya.Penolakan diri berlaku jika seseorang kurang mendapat penerimaan daripada orang-orang yang berinteraksi dengannya.

IMPLIKASI KONSEP KENDIRI TERHADAP TINGKAH LAKU PELAJAR

Peranan guru dalam pembentukan konsep kendiri positif Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran. Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam pembelajaran.Menerima murid-murid sebagai dirinya.Merancang aktiviti pembelajaran yang berpusatkan muridnya.


APAKAH ITU KONSEP KENDIRI?

Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri. Gambaran inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa paras, kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita.

Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas  dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia berkait rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku pada diri kita. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain.

Konsep kendiri seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri meliputi aspek jasmani dan juga psikologi. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami semenjak kanak-kanak masih kecil lagi.

Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti: “Becoming a Person”, konsep kendiri ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek iaitu  merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh itu ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif.

Konsep kendiri boleh dianggap sudah menjadi satu perkataan yang  biasa diperkatakan oleh orang ramai dalam kehidupan mereka. Tetapi setakat mana seseorang individu faham dan jelas dengan istilah ini bersama dengan struktur-strukturnya jawapannya hanya boleh dirujuk kepada beberapa pengertian dan pendapat oleh ahli-ahli psikologi dan kaunseling berikut.

Menurut Rogers (1951) yang mengemukakan Terapi Pusatan-Klien, beliau berpendapat bahawa konsep kendiri adalah terdiri daripada gabungan di antara penilaian sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya mengenai persepsi  orang lain terhadap dirinya seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah. Misalnya, jika seseorang individu mempunyai konsep kendiri yang dirinya adalah seorang yang baik dan bila berada di dalam sesuatu persekitaran, dia dilayan dan diberi perhatian sebagaimana yang sepatutnya diberikan kepada orang baik.

ASPEK KONSEP KENDIRI

Menurut Kash & Borich (1978) dalam buku “Teacher Behavior & Pupil Self-Concept,” konsep kendiri yang umum terdiri daripada lima deria  kendiri iaitu deria kendiri berpendirian, deria identiti kendiri, deria perkembangan kendiri, deria penghargaan kendiri dan deria imej kendiri. Model ini dikatakan mewakili komponen-komponen dalam bentuk bersifat psikologi yang konsisten dan biasa kepada kesemua konsep kendiri. Kendiri pendirian adalah yang paling dominan dan penting. Ia merujuk kepada   kebolehan merasa atau melihat yang umum berkenaan keselamatan-bahaya, penerimaan-penolakan  dan percaya-tidak percaya orang lain dan persekitaran. Identiti kendiri merujuk kepada  kebolehan kendiri bergabung dengan orang lain dan persekitaran dan mempunyai identiti peranan dan terlibat sebagai ahli sosial melalui komunikasi.

Penghargaan kendiri merujuk kepada pengesahan kendiri, pengiktirafan dan pengenalpastian berkenaan impak daripada orang lain dan persekitaran. Imej kendiri pula merujuk kepada keadaan nilai sekarang dan masa lepas berdasarkan imej kendiri  dan nilai berdasarkan kendiri unggul’

PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI

H.W.Marsh dan R.J.Shavelson (1985) telah  mendapati bahawa pelajar-pelajar mempunyai beberapa konsep kendiri yang berbeza-beza tetapi saling berkaitan. Konsep kendiri mereka terbentuk oleh konsep-konsep kendiri lain yang lebih spesifik. Secara keseluruhannya konsep kendiri dapat dibahagi kepada 3 bahagian  dalam bidang yang berbeza iaitu : Inggeris, Matematik, dan non-akademik (akhir-akhir ini  kajian menunjukkan bahawa kebolehan dalam bidang seni juga berpengaruh).

STRUKTUR KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri seseorang terdiri daripada 4 struktur utama. Setiap elemen-elemen ini memainkan peranan yang penting dalam memahami bagaimana konsep kendiri berkait rapat kepada mengarah dan mengekalkan tingkah laku individu. Elemen persepsi kendiri tersebut berkait rapat antara satu sama lain.


JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Berikut akan dibincangkan dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua konsep kendiri tersebut.

1.  Konsep Kendiri Positif

Jika kita perhatikan seseorang yang sering di kaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri yang positif. Mereka yang Mempunyai konsep kendiri yang positif ini sentiasa menerima layanan dan perhatian yang  baik sama ada daripada ibu bapa sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan mahupun orang yang berada di persekitarannya. Individu ini akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan. Individu ini juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu.  Individu ini juga tidak mudah melatah atau mengalah dan sanggup menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dan sekiranya berlakunya kegagalan, akan diterimanya dengan tenang dan tabah. Selain itu  individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dia juga bersifat mudah berinteraksi dengan orang lain serta senang didampingi. Individu ini sentiasa tenang dan stabil serta seimbang  dari segi emosi.

2.  Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi terbentuknya konsep kendiri yang positif di dalam diri seseorang individu. Pertamanya ialah  sentiasa memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian yang membina, hadiah dan sebagainya sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu sama ada mendapat kejayaan mahupun kegagalan. Peneguhan yang paling berkesan adalah datangnya dari ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan individu tersebut. Di antara peneguhan yang positif ialah: bagus cuba lagi yang lebih baik, Pandai anak ibu dan sebagainya.  Individu yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripada ibu bapa dan keluarga juga berkemungkinan besar akan dapat membentuk konsep kendiri yang positif. Ini kerana  individu tersebut tidak akan merasa kekurangan  dan kekosongan  dalam hidupnya. Mereka akan sentiasa merasa di hargai da merasa ada orang yang ada bersama-samanya dalam melakukan sesuatu. Keadaan dan persekitaran keluarga juga turut mempengaruhi seseorang individu dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Keadaan keluarga yang stabil dan harmoni akan membantu seseorang membina konsep kendiri yang baik. Sekiranya keluarga berada dalam keadaan yang harmonis dan ceria, setiap daripada ahli keluarga akan berasa selamat dan gembira dilahirkan dalam keluarga tersebut.  Selain itu individu yang sering mendapat pengiktirafan sama ada dari ibu bapa, guru dan rakan-rakannya berjaya membentuk konsep kendiri positif. Individu ini akan sentiasa dalam keadaan riang dan gembira kerana dapat membuatkan orang yang berada di persekitarannya mempercayai dan yakin dengan kebolehannya. Selain dari itu keyakinan yang tinggi yang ada dalam diri individu sendiri juga dapat membentuk konsep kendiri yang positif dalam dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat dan teguh kepada diri sendiri akan menyebabkan individu terbabit akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa merasa takut dam malu apabila mengalami kegagalan.

3.  Konsep Kendiri Negatif

Jika dilihat pula individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam apa bidang sekali pun biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif. Berbeza penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di mana individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu bersosialisasi dengan persekitarannya. Mereka yang tergolong dalam golongan individu yang mempunyai konsep kendiri negatif ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan. Mereka juga suka bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda darinya dan yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang  amat menyedihkan, individu ini amat mudah dipermainkan oleh orang lain.

4.  Faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif

Seperti mana yang kita ketahui seorang individu yang baru dilahirkan masih belum mempunyai konsep kendiri. Konsep kendiri yang kita ketahui terbentuk daripada proses berinteraksi dengan orang lain sama ada konsep kendiri positif ataupun negatif. Di sini akan dibincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif. Konsep kendiri yang negatif lahir daripada kurangnya kasih sayang, perhatian dan belaian daripada ibu bapa, guru ataupun orang dewasa yang lain. Ini mengakibatkan wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri individu tersebut. Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan akhirnya akan membentuk satu yang di namakan konsep kendiri yang negatif. Suasana keluarga juga merupakan faktor  yang boleh mendorong  kepada pembentukan konsep kendiri. Sekiranya suasana keluarga yang bahagia dan harmoni akan dapat membentuk konsep kendiri yang positif maka keadaan keluarga yang sebaliknya pula akan membentuk konsep kendiri yang negatif. Ini kerana keadaan keluarganya yang kucar kacir serta dengan keadaan ibu bapa yang sering bergaduh dan tidak memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak akan menyebabkan anak-anak yang sedang membesar berasa tidak selamat berada dalam keluarga tersebut. Perasaan ini pula akan menyebabkan anak-anak sentiasa dalam keadaan ketakutan serta kerunsingan dan seterusnya akan terbentuklah konsep kendiri yang negatif. Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah  berbanding dengan keluarga lain juga merupakan satu punca yang mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif. Individu tersebut akan berasa rendah diri kerana keperluan dan kehendaknya. tidak dapat dipenuhi oleh keluarganya seperti keluarga yang lain.          

Seterusnya aspek fizikal yang tidak sempurna juga dapat membentuk konsep kendiri yang negatif. Kecacatan yang dimiliki akan dirasakan sebagai penghalang kepadanya untuk bergaul

Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Dalam  hal ini semakin banyak seseorang bergaul, pengalamannya juga bertambah. Rogers (1951) telah menyatakan bahawa manusia itu memang mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri dengan syarat seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya.

Dengan ini adalah penting untuk seseorang memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya menuju ke arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Usaha meningkatkan konsep kendiri perlu terus dijalankan agar pelajar dapat menempuh masa depan  dengan penuh.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif :

a) Menghargai

b)  Memuji orang lain

c) Puas hati dengan pencapaian

d) Murah hati

e) Mudah berkawan

f) Puas hati dengan dirinya

g) Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya

h) Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

a) Cenderung untuk merasa salah

b) Takut kepada kegagalan

c) Sering merasa bimbang

d) Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil

e)Pencapaian akademik yang rendah

f) Tidak gemar kerja mencabar

g) Kurang keyakinan pada diri sendiri

h) Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas

i)Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti



Estim-diri - Sikap diri yang positif

Setiap pagi kita melihat diri kita di dalam cermin.Adakah kita suka melihat apa yang kita lihat? Yang kita lihat di dalam cermin itu ialah diri kita sendiri.

Dia adalah diri kita. Perasaan suka kepada diri sendiri bermakna kita mengetahui ciri-ciri yang ada pada diri kita dan tidak malu mengakuinya.

Ingatlah, di sekeliling kita terdapat ramai yang mahu kita menjadi seperti itu dan ini, bukan seperti yang kita mahu. Terpulanglah kepada kita untuk menerima atau menolak saranan-saranan itu.

Estim-diri kita terpancar pada cara kita berperilaku dan berkata-kata. Ia juga terpancar pada sikap yang kita miliki, pada keyakinan kita terhadap diri sendiri dan pada apa yang kita rasa berkenaan diri kita.

Jadi, sekiranya kita mempunyai estim-diri yang tinggi, antara tanda-tandanya ialah:

1. Kita menghormati dan menghargai diri sendiri, oleh itu kita tidak melakukan perbuatan yang memalukan dan membahayakan diri sendiri. Kita juga tidak menerima sahaja apabila orang lain menyebabkan kita mendapat malu atau membahayakan diri sendiri. Sebagai contoh, kita tidak akan menipu kerana perbuatan seperti itu akan menyebabkan kita boleh mendapat malu. Kita tidak akan menunggang motorsikal dengan laju kerana takut kemalangan. Jadi, orang yang sanggup melakukan perbuatan yang menyebabkan orang lain tidak hormat kepada mereka adalah orang yang estim-diri mereka rendah.

2. Kita dapat memisahkan antara diri kita dengan perbuatan kita. Jadi, kita dapat mengatakan kita yang bodoh. Sebaliknya, kita akan mengatakan perbuatan kita yang silap. Umpamanya, kita akan berkata pada diri sendiri bahawa kita pandai, cuma pada hari itu cara kita menjawab soalan peperiksaan itu yang silap.

3. Kita dapat menerima diri kita sendiri sebagaimana adanya. Kita tahu kelebihan yang kita miliki dan kita juga tahu kekurangan diri.

4. Kita berupaya menentukan apa yang kita mahu dan apa yang kita tidak mahu untuk diri kita sendiri. jadi, kita tidak akan membuat sesuatu semata-mata hendak menjaga apa orang lain kata.

5. Kita boleh menerima kenyataan bahawa orang lain mungkin lebih berjaya,lebih kaya dan lebih berbakat daripada diri sendiri. Kita tidak dengki, dan tidak berasa diri kita malang.

Estim-diri yang rendah tergambar pada perbuatan-perbuatan kita dan terpancar pada bahasa yang kita gunakan apabila kita bercakap.

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan estim-diri. Berikut adalah beberapa cara:

1. Kita mesti yakin kita berkuasa menentukan imej diri kita sendiri. Setiap orang boleh menentukan cara bagaimana dia mahu melihat dirinya sendiri. Oleh itu kita berkuasa mengubah imej diri kita. Kalau sekarang kita melihat diri sebagai seorang yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan, kita mesti mengubah tanggapan anggapan itu. Imej diri kita ada dalam minda kita. Oleh itu kita ada pilihan sama ada mahu mengubahnya atau tidak.

2. Jangan biarkan orang lain menentukan matlamat hidup kita. Ramai orang terperangkap dalam keadaan mereka menilai diri sendiri dengan berpandukan apa orang lain kata.

3. Kenal pasti matlamat hidup kita yang tidak realistik. Salah satu punca kegagalan kita ialah ialah kita membuat matlamat yang di luar keupayaan diri kita untuk mencapainya.

4. Buang stail bual-diri yang negatif.

Kita semua berbual dengan diri sendiri. Perbualkan berlaku dalam otak dan hati. Kebanyakan perbualan kita dengan diri sendiri adalah berkenaan analisis diri, iaitu apa kita kata tentang diri sendiri. Untuk menaikkan estim-diri, kita perlu mengiktiraf keupayaan dan bakat yang ada pada kita.

5. Kukuhkan kekuatan dan keistimewaan diri.

Setengah-setengah kelemahan memang tidak dapat kita ubah, sebagai contoh warna kulit dan tinggi tubuh kita. Hakikat ini mesti kita terima, tapi janganlah kita membesar-besarkannya.

6. Lipat gandakan usaha memperbaiki diri.

Antara perkara-perkara yang dapat kita lakukan ialah dengan membuat matlamat hidup yang realistik, menambah ilmu pengetahuan, belajar kemahiran baru dan menukar perbualan diri daripada perbualan negatif kepada perbualan positif.

7. Belajar menjalin hubungan positif dengan orang-orang lain. Kajian pakar-pakar psikologi mendapati orang-orang yang mempunyai estim-diri yang rendah cenderung melakukan perbuatan atau berkata-kata dengan niat merendah-rendahkan orang lain. - Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap (Siri Komunikasi Utusan).

https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcRRska_SZN1TPgtac2PgkVU3DUw4p0jo1xvKRElI3tUegwC1y0f

Esteem Diri dan Kanak-Kanak!

Esteem diri atau Self Esteem boleh didefinisikan sebagai bagaimana orang tersebut melihat dirinya sendiri. Wujudnya Esteem diri di kalangan kanak-kanak dapat dilihat melalui sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut. Perkembangan Esteem diri samada postif atau negatif akan mempengaruhi kehidupan individu tersebut sepanjang hayatnya. Oleh itu, adalah penting bagi ibubapa atau guru membantu kanak-kanak untuk membentuk Esteem diri yang positif.

Beberapa Fakta Tentang Esteem diri Yang Perlu Diketahui Oleh Ibubapa/Penjaga/Pendidik

1. Kanak-kanak mula membentuk kepercayaan tentang diri sendiri seawal usia mereka lagi.

2. Kanak-kanak melihat kepada perbuatan atau tingkahlaku ibubapa atau orang-orang yang berada disekelilingnya sebagai bukti bahawa dirinya disayangi. Sekiranya bukti-bukti ini tidak diperolehi, Esteem diri yang rendah akan terbentuk.

3. Esteem diri mempunyai kaitan dengan kejayaan dan kegagalan pelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang tinggi, iaitu percaya bahawa dia mempunyai kebolehan biasanya akan menunjukkan pencapaian yang baik berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah.

4. Esteem diri mempengarahui bagaimana kanak-kanak tersebut berhubung dengan orang lain. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang tinggi akan mempunyai hubungan yang baik dengan orang di sekelilingnya. Sebaliknya kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah akan mempunyai masalah untuk berhubung dengan orang lain.

5. Esteem diri mempengaruhi daya kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah akan kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang berisiko berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri tinggi.

6. Gaya asuhan yang diterima dari ibubapa akan mempengaruhi pembentukan self esteem kanak-kanak.

7. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah selalu mempunyai masalah atau berkonflik dengan ibubapa atau penjaga, dan juga dengan rakan sebaya.


Panduan Bagi Meningkatkan Esteem Diri Kanak-Kanak

1.Berikut adalah cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pembentukan self esteem yang positif di kalangan kanak-kanak.

2.Memberi pujian kepada anak-anak.

3.Beri perhatian dan kasih sayang kepada kanak-kanak samada dalam bentuk fizikal atau melalui perkatan

4.Layan dan menghormati kanak-kanak.

5.Konsisten apabila memberi peraturan atau arahan kepada kanak-kanak.

6.Jadilah ‘role model’ kepada kanak-kanak.

7.Dengar dan berilah respon apabila bercakap dengan kanak-kanak.

8.Tepati janji yang diberikan kepada kanak-kanak. Contohnya apabila berjanji untuk memberi hadiah, maka hendaklah ditunaikan. Apabila janji tidak ditunaikan, kanak-kanak akan merasa diri mereka tidak penting dan tidak dihargai.

9.Jangan biarkan kanak-kanak mengkritik diri mereka sendiri.

Petikan Modul I Keibubapaan:

Mahani Razali

Zainiah Mohd Isa

Kamarulzaman Awang

Mohd Aziz Shah

Ciri-ciri Individu Realisasi Diri

dipetik daripada buku Bakat dan Kemahiran Memimpin (Edisi kemas kini) oleh Puan Ainon Mohd dan Prof. Abdullah Hassan

Ada individu terdorong dengan hasrat dan keinginan menikmati yang tinggi serta ingin merealisasikan cita-cita peribadinya. Apabila estim mereka naik ataupun mereka berjaya, mereka berasa puas hati. Teori Maslow ini dapat menerangkan fenomena semangat, kecekalan, azam dan tekad segelintir individu yang berjaya mencapai impian-impian mereka yang dianggap mustahil oleh individu-individu biasa. Maslow mengemukakan ciri-ciri individu yang mempunyai dorongan realisasi diri yang tinggi. Ciri-Ciri itu adalah mereka :

a. mempunyai persepsi yang betul berkenaan realiti.
b. mempunyai keupayaan yang tinggi bagi menerima diri mereka sendiri, menerima diri orang lain dan menerima fitrah alam.
c. spontan.
d. memfokuskan perhatian dan penyelesaian masalah.
e. memerlukan privasi dan suka bersendirian.
f. berjiwa merdeka dan tidak mahu tunduk pada sekatan budaya.
g. mudah menghargai emosi dan mudah memberikan reaksi emosi.
h. lebih kerap mengalami saat-saat kemuncak kepuasan~Mereka mempunyai nilai kemanusiaan yang lebih tinggi.
i. mempunyai hubungan yang sihat dengan individu-individu di sekeliling mereka.
j. mempunyai nilai-nilai dan sikap yang lebih demokratik.
l. lebih kreatif.
m. mempunyai nilai-nilai yang mereka susun dan amalkan sendiri.

Apabila pemimpin itu hendak mendorong pihak bawahannya supaya mahu mengubah sikap dan tingkah laku, terlebih dahulu perlu diketahui keperluan-keperluan sasaran itu. Keperluan-keperluan individu adalah faktor yang dapat mendorong terpengaruh dengan kata-kata dan tingkah laku individu-individu lain. Adakah dia berasa tidak selamat? Adakah dia memerlukan estim? Adakah dia berasa tidak selamat? adakah dia memerlukan estim? adakah dia sedang cuba mencapai hasrat mahu merealisasikan dirinya yang sebenar?

Apabila mengetahui keperluan sasaran pada waktu sasaran sedang cuba dipengaruhi, mereka lebih mudah terdorong bagi mengubah pemikiran dan sikap kerana pada waktu yang sama, individu itu dapat memenuhi keperluan jiwa mereka. Gunakan beberapa peringkat keperluan mereka, umpamanya apabila hendak menggunakan keperluan bagi keselamatan tetapi sasaran tidak terpengaruh, cuba tukar kepada menggunakan keperluan estim mereka pula.

Contoh buku berkaitan konsep kendiri dan cara meningkatkan estim diri:




No comments:

Post a Comment