Wednesday 29 August 2012

Esei Uma VijayaKumar

Uma Mageswari A/P VijayaKumar

KEPENTINGAN, BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan kaunseling membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran. Secara umumnya, terdapat beberapa kepentingan bimbingan dan kaunseling. Pertamanya, ia membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling mereka.

Kedua-kedua bimbingan dan kaunseling membantu individu untuk mengetahui tentang. diri kendiri untuk menyesuaikan diri dengan orang laindan persekitaran mereka supaya mereka menjadi manusia seimbang. Sebagai seorang kaunselor di sekolah menengah, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan beberapa prinsip. Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya.

Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.

JENIS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Terdapat empat jenis bimbingan dan kauseling: Iaitu akademik, kerjaya, kerjaya dan social dan pekerjaan.

AKADEMIK

Bimbingan dan kauseling jenis akademik  memandu murid untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota, pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar, kemahiran mengingat, mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan.

Tambahan bimbingan dan kaunseling mengumpul dan memberikan maklumat berkenaan peluang melanjutkan diri selepas Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Pengumpulan maklumat ini adalah perlu agar para pelajar mendapat maklumat tentang ke mana hala tuju mereka selepas melepasi tahap-tahap tertentu dan.syarat-syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam atau swasta,tempat pengajian lain bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mereka yang tidak layak dan lain-lain peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran.

Seterusnya dalam bidang akademik tertumpu kepada pemilihan mata pelajaran elektif.sebagaimana yang semua arif bahawa apabila pelajar tamat PMR, SPM atau STPM, para pelajar terlibat dengan pemilihan mata pelajaran elektif. Untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan tahap pencapaian para pelajar maka bimbingan dan kaunseling menjadi tempat rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang pemilihan mata pelajaran tersebut. Pada kebiasannnya pelajar akan bertemu guru bimbingan kaunseling untuk mendapatkan gambaran tentang minat mereka dan mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian mereka sebelum mereka bertindak untuk mengambil keputusan.

Bimbingan dan kaunseling juga berperanan dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar dan berjaya dalam pelajaran. Kursus-kursus kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar maka mereka akan didedahkan dengan beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan kemahiran belajar sokongan.

Di samping itu, bimbingan dan kaunseling mendedahkan pelajar kepada kemahiran belajar seperti kemahiran membaca,membuat rujukan, pengurusan masa, mencatat nota, memberikan konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang kaji,kumpulan belajar,dan teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk menyambung pelajaran ataupun latihan.

KERJAYA

Seterusnya peranan, bimbingan dan kaunseling dalam  bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid .Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.

Seterusnya, pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan kemahiran Institusi pengajian tinggi awam dan swasta, institusi latihan kemahiran awam dan swasta. Pengumpulan bahan ini amat perlu utnuk kegunaan kaunselor bagi menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat persekolahan menengah. Selain daripada itu Pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan kemahiran Institusi pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan kemahiran awam dan swasta.Pengumpulan bahan ini amat perlu untuk kegunaan kaunselor bagi menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat persekolahan menengah. Selain daripada itu pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi atau institusi, latihan kemahiran institusi pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan kemahiran awam dan swasta. Pengumpulan bahan ini amat perlu untuk kegunaan kaunselor bagi menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat persekolahan menengah. Selain daripada itu guru bimbingan dan kaunseling juga bertanggungjawab untuk menerangkan pembiayaan pendidikan: Iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang.  Ia juga menerangkan pembiayaan pendidikan iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang.

KENDIRI DAN SOSIAL

Jenis bimbingan dan kaunseling yang seterusnya ialah kendiri dan sosial. Bimbingan dan kaunseling bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan ‘self esteem’ ,kerohanian,pengurusan tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran asertif yang boleh dilakukan melalui bimbingan kerjaya,p enyertaan pelajar dalam kem bina insan, kem motivasi, perkhemahan ibadah dan kaunseling keluarga. Semua aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kendiri dan sosial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak.

Bimbingan dan kaunseling juga membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah diperbincangkan .Dalam hal ini ,para pelajar dibantu serta dibimbing bagaimana untuk menyelasaikan masalah diri sama ada yang berpunca dari diri sendiri atau pun persekitaran. Dalam hal memberi bantuan dan bimbingan ini, kaedah tertentu yang difikirkan perlu akan diberikan kepada pelajar agar mereka  dapat membebaskan dirinya daripada belenggu masalah yang dihadapinya. Kaedah yang diberikan tersebut pada dasarnya adalah mengikut kehendak dan keperluan pelajar yang memerlukannya kerana segala tindakan yang bakal dilakukan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

PEKERJAAN

Akhirnya bimbingan dan kaunseling membantu murid untuk membekalkan maklumat yang berkaitan dengan peluang-peluang pekerjaan yang terdapat selepas pelajar-pelajar meninggalkan sekolah. Biasanya guru-guru kaunseling mengadakan seminar yang berkaitan peluang pekerjaan yang terdapat dengan menjemput badan-badan yang sepatutnya.

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kemahiran asas bimbingan dan kauseling ialah komunikasi interpersonal yang berlaku di antara klien dan kaunselor. Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan,  menyampaikan maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Komunikasi Interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan.

Komunikasi Interpersonal kadangkala dipanggil juga komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan

Saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi. Pengirim dan penerima komunikasi itu menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk menanggap maklumat, mesej dan tindakbalas yang dihasilkan. Tindakbalas dalam situasi komunikasi begini adalah pantas, rancak dan segera (Mansor,1984). Komunikasi Interpersonal berlaku atas pelbagai sebab iaitu untuk menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik, berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi (Pearson, 2000).

Terdapat beberapa ciri-ciri interpersonal yang yang harus seseorang kaunselor mengamalkan supaya sesi kaunseling menjadi lebih efektif. Pertamanya komunikasi berlaku secara bersemuka supaya banyak yang boleh diperhatikan semasa sesi kaunseling berlaku.

Seterusnya komunikasi interpersonal biasanya berlangsung dalam suasana informal. Dengan demikian, apabila komunikasi itu berlangsung antara murid dan guru pebimbing, murid lebih percayakan dan berkongsi maklumat sengan guru pebimbing.

KONSEP KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MEMBINA HUBUNGAN

Pertamanya adalah hubungan sihat antara kaunselor dan murid. Hubungan diantara guru bimbingan dan kaunseling dengan murid lemah perlulah baik, sihat dan positif. Untuk membina hubungan sihat antara guru bimbingan dan kaunseling , kita perlu ekspresi keindividuan yang baik serta mempromosikan pertumbuhan kendiri yang baik kepada murid kita. Selain itu, kita juga perlu berasa empati terhadap murid lemah tersebut. Apabila murid berprestasi lemah menceritakan masalah yang dihadapi dalam pembelajarannya kepada guru bimbingan dan kaunseling, kita perlu memikirkan kaedah penyelesaian masalah dalam kedudukan murid tersebut. Sebelum guru bimbingan dan kaunseling memberikan cara penyelesaian sesuatu masalah untukmurid berprestasi rendah, beliau perlu lebih memahami implikasi masalah yang akan dihadapi oleh murid tersebut samaada masalah tersebut diselesaikan dengan segera atau mengambil jangka masa yang lama. Contohya, jika keluarga murid tersebut kekurangan wang, bagaimanakah ibubapa hantar anak, kita perlu memikirkan cara penyelesaian yang sesuai. Ia mungkin mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya. Jika murid-murid datang ke sekolah dengan lambat, kita tidak perlu marah mereka, malahan kita perlu bersifat empati dan menanyakan masalah murid tersebut.

Justeru, semasa guru bimbingan dan kaunseling berbincang tentang masalahpembelajaran dengan murid berprestasi rendah, guru tersebut mestilah ikhlas bagimembantu murid berprestasi lemah untuk meningkatkan prestasi murid tersebut.Seterusnya, guru bimbingan dan kaunseling perlu bersifat terbuka semasa berbicang dengan murid berprestasi rendah. Apabila guru bimbingan dan kaunseling bersikap terbuka , klien(murid) akan cuba menceritakan masalah pembelajaran tanpa rasa segan atau malu. Jika murid tersebut menceritakan masalah yang dihadapinya dalam pembelajaran, ia memudahkan guru bimbingan dan kaunseling mencari jalan penyelesaian yang sesuai dengan masalah tersebut. Ada segelintir ibubapa tidak pedulikan pencapaian akademik anak-anak mereka. Sebagai contonya, seorang bapayang minum-minuman beralkohol mendera anak mereka sehingga ketenteramananak-anak mereka terjejas. Oleh itu, jika kita bersifat terbuka,kita dapat mengambil keputusan atau mencari penyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid lemah.

Kaunselor perlu empati terhadap memahami dan memikirkan perspektif klien.Bersifat terbuka supaya murid juga akan bersifat terbuka dan ini bantu membina hubungan yang positif dengan murid. Kaunselor juga mesti mendedahkan pandangan murid sendiri dan berkongsi perasaan.Sifat terbuka juga dapat menjalin hubungan yang saling percaya. Murid rasa lebih selesa jika rasa saling percaya terhadap kaunselor. Kaunselor juga harus  tunjuk rasa hormat dan terima seperti yang sedia ada Ini merupakan cari yang yang penting dalam membina hubungan dengna klien. Murid bermasalah akan rasa selamat sekiranya dapat membina hubungan dan penerimaan yang sihat.

Kaunselor perlu memberi perhatian dan mendengar daripada klien dan memahami kenapa beliau datang kepada kaunselor, menilai klien dan melihat sesuatu yang relevan dengan personaliti klien.Memerhati tindakan dan membawa sesi kaunseling ke tahap seterusnya.

MEMBERI PERHATIAN

Kaunselor mesti berikan perhatian yang secukupnya kepada muri-murid semasa kaunseling. Mereka boleh buat ini dengan menyemai kebolehan murid-murid dan melihat sesuatu masalah persektif murid.  Satu lagi cara kaunselor boleh beri perhatian kepada klien mereka ialah dengan menunjukkan minat secara “peramah” kepada semua klien. Sifat peramah ialah kebolehan untuk menunjukkan kemesraan dan perhatian serta menunjukan perasaan autentik untuk kebaikan orang lain. Seorang kaunselor yang peramah akan selalu menunjukkan senyuman yang mesra kepada klien-klien.  Perasaan peramah boleh dipupuk dengan mendengar secara aktif dan prihatin kepada masalah dan perasaan klien-klien. Kaunselor boleh mencapai ini dengan berkomunikasi semua respom klien dengan empati, berkongsi perasaan dan pengalaman klien dengan sesuai dan menilai perasaan dan pendapat orang lain. Dalam aspek memberi perhatian, seorang kaunselor juga perlu menunjukkan beberpara ciri-ciri penting. Antaranya ialah selalu jelas dan spesifik, mengambil masa untuk membuat refleksi tentang masalah klien, berfokus kepada tindakan, perasaan dan sikap klien serta rela untuk bertolak ansur untuk mencari jalan penyelesaian yang paling memuaskan antara kaunselor dan klien.

No comments:

Post a Comment