Konsep
Kaunseling
oleh: NURUL 'AIN AHMAD NAZRI
1.0 Pengenalan
Kaunseling bukan satu nasihat walaupun ianya banyak
memberi nasihat. Kaunseling mempunyai banyak maksud, menurut kamus dewan,
bermaksud nasihat dan pertukaran mental. kaunseling adalah salah satu cabang
psikologi. Perkhidmatan ini dijalankan oleh kaunselor professional bagi
membantu perkembangan dan penyesuian peribadi klien yang baik dan menyeluruh.
Pertemuan antara klien dan kaunselor adalah secara sukarela dan berterusan
bergantung keperluan klien tersebut. Kaunselor tidak akan meberikan jawapan
secara lansung malah membuatkan klien berfikir dan memberikan mereka peluang
untuk membuat keputusan yang terbaik untuk mereka sendiri.
Oleh kerana kaunseling bukanlah satu nasihat, maka
hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan
mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien
meluahkan masalah mereka dan kaunselor cuba memahami dan mengambil tindakan
menguruskan masalah klien itu.
2.0 Definisi Kaunseling
Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi
yang berlaku di antara dua orang individu yang dikenali sebagai klien dan
kaunselor. Situasi ini berlaku dalam keadaan yang formal dan professional serta
di mulakan dan di kekalkan dengan pertolongan perubahan tingkah laku. Dalam
kedaan ini kaunselor adalah individu yang mempunyai pengetahuan yang amat luas
dan berkebolehan sehinggalah boleh
membuatkan seorang itu melakukan
keputusan yang tepat.
Terdapat dua jenis kaunsleing iaitu kaunseling individu
dan kaunseling kelompok. Kaunseling individu dikenali sebagai perhubungan yang
bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang
kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seprti penerimaan
klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap
keperluan-keperluan dan perasaan klien. Selain itu, kaunseling kelompok ialah
perhubungan kanuselor dengan beberapa orang ahli .
Kaunseling kelompok ini juga adalah suatu proses
perhubungan individu yang berasaskan akal fikiran dan kelakuan secara sedar.
Nilai terapinya terletak pada suasana peransaan saling percaya dan mempercayai,
penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran.
Kauseling kelompok akan berlaku di dalam kumpulan kecil yang halinya secara
sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli yang lain. Mereka
juga ingin pendapat daripada ahli yang lainnya. Sekiranya kaunseling kelompok
ini berlaku maka ahli tidak akan berasa malu kerana semua ahlinya mempunyai
masalah yang berlainan ataupun boleh juga menghadapi masalah yang sama.
Ramai juga ahli psikologi berpendapat kaunseling
menekankan kepada perancangan yang lebih rasional, menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, mengelak masalah penyesuaian yang serius, menyokong kepada
situasi tekanan yang dihadapi oleh seseorang yang normal di dalam kehidupan
seharian. Kaunseling adalah proses yang singkat berbanding psikoterapi.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan
individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan
pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia
dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga
ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan
klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien
menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya
yang sebenar serta apa kelebihan dan kekurangannya apa yang boleh dilakukan
dengan mudah apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang
tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien
diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan
kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran
tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya.
Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan
mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang
saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri,
antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan
penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori
pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor
atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan
kepada kepercayaan Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya
dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran
dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.
Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu
orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk.
Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi
klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui
baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
3.0 Difinisi Bimbingan
Bimbingan ialah
satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan
kepada kehidupan mereka. Contohnya, seperti memilih gaya hidup yang diingini.
Ini berbeza dengan kaunseling kerana bimbingan lebih kepada membantu individu
memilih apa yang mereka sukai dan hargai. Sementara itu, kaunseling perlu focus
kepada mambantu klien untuk berubah. Kebanyakan tugas-tugas bimbingan di
peringkat awal berlaku di sekolah dan pusat kerjaya di aman seorang yang lebih
dewasa dan matang.
4.0 Definisi Psikoterapi
Psikoterapi adalah proses difokuskan untuk
membantu Anda menyembuhkan dan konstruktif belajar lebih banyak bagaimana cara
untuk menangani masalah atau isu-isu dalam kehidupan Anda. Hal ini juga dapat
menjadi proses yang mendukung ketika akan melalui periode yang sulit atau stres
meningkat, seperti memulai karier baru atau akan mengalami perceraian.
Umumnya psikoterapi
dianjurkan bila seseorang mempunyai masalah dengan kehidupan, masalah hubungan
atau kerja atau masalah kesihatan mental tertentu, dan isu-isu atau masalah
yang menyebabkan banyak individu yang besar rasa sakit atau marah selama lebih
dari beberapa hari. Anda tidak sepenuhnya yakin Anda akan mendapat manfaat dari
itu. Jutaan orang mengunjungi psikoterapi setiap tahun, dan sebagian besar
penelitian menunjukkan bahawa orang yang melakukannya manfaat dari interaksi.
Kebanyakan terapi juga akan jujur dengan anda jika mereka yakin anda tidak akan
mendapatkan keuntungan atau pendapat mereka, tidak perlu psikoterapi.
5.0 Perbezaan Di Antara Kaunseling, Bimbingan
Dan Psikoterapi
Terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya. Kedua-duanya
adalah proses memberi bantuan yang
bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan kaedah
yang sama dan pendekatan yang sama.
Terdapat juga perbezaan yang ketara di antara kaunseling dan
psikoterapi. Antaranya ialah, matlamat dan kaedah. Dari segi matlamat dan
tujuan, kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kabajikan individu dan juga
perkembangan psikologikal. Kaunseling juga bertujuan untuk menggalakkan
individu tidak bergantung dan mempunyai dalam kehidupan.
Sementara itu, tujuan spikoterapi membantu klien yang mempunyai
masalah dan kesukaran dari perkembangan psikologikal yang biasa.
6.0 Matlamat Bimbingan, Kaunseling Dan
Psikoterapi
Sesuatu yang berlaku pastinya mempunyai matlamatnya tersendiri. Antara
matlamatnya adalah dengan melalui sesi kaunseling klien diajar bertanggungjawab
atas dirinya sendiri. Sikap lepas tangan tidak akan mendatangkan hasil yang
baik. Jadi,klien hendaklah bertanggungjawab ke atas dirinya dan akan beruasaha
sambil berhati-hati di dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya
timbul sebarang masalah, klien akan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri
dan tidak akan menyalahkan orang lain.
Selain daripada membantu klien
betanggunagjawab ke atas dirinya, namun terdapat juga matlamat lain yang boleh
dilihat di sini. Matlamat yang kedua ialah memperbaiki imej diri yagn negatif. Dengan
adanya imej diri yang negatif ini merupakan halangan bagi klien untuk mencapai
cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat
perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor akan membimbing klien
membentuk imej yang positif. Selain itu juga, klien dapat belajar bagimana
memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negqtif. Imej diri
yang positif menandakan kestabilan pernolatinya. Pakar motivasi juga pernah
mengatakan bahawa ‘Kita adalah apa yang kita fikirkan’. Ini bermaksud sekiranya
kita memikirkan negatif, maka negatiflah yang kita perolehi. Sekiranya kita
berfikir secara positif maka positiflah apa yang kita dapati.
Walaubagaimanapun penyesuain diri sama
ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu
atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalamai banyak konflik. Dengan
kata lain, klien hendaklah bergaul dengan orang lain agar klien dapat mengenal
hati budi orang di sekeliling dan dapat juga meninjau masalah mereka dan
mungkin juga dapat mendapat idea bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi
oleh klien sendiri. Klien juga perlulah sedar bahawa tidak boleh bergantung
harap kepada orang lain atau persekitaran berubah terlebih dahulu. Ada kalanya
orang lain tidak akan berubah. Maka apa yang penting di sini ialah, klien haruslah
pandai menyesuaikan diri dengan kedaan sebagai usaha mengurangkan konflik yang
dihadapi.
Matlamat yang seterusnya ialah dapat memudahkan
atau menggerakkan perubahan tingkah laku. Ada kalanya tingkah laku yang sedia
ada menjejaskan perjalanan hidup klien. Tingkah laku perlu disesuaikan dengan
siapa klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien berada. Kaunselor
akan mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan
tingkah laku tidak semestinya besar. Ia juga boleh melakukan perubahan yang
kecil. Ini juga akan membantu
klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang membolekan klien menjalani
kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Contohnya Ahmad, (seorang guru)
selalu memberi respond yang negatif kepada pelajar yang lemah dalam kelas. Ini
telah menyebabkan pelajarnya enggan berinteraksi dengannya dalam kelas. Ini
menimbulkan masalah dan menganggu keberkesanan pengajaran. Dengan sesi
kaunseling, Ahmad dapat menenal pasti masalah sebenar dan kaunselor boleh
membantu Ahmad mengubah tingkah lakunya, iaitu Ahmad sepatut memberi sokonagn kepada
pelajar yang berinteraksi dengannya dan membimbing mereka walaupun jawapan yang
diberi adalah salah.
Ramai dikalangan klien yang menhadapi masalah
semasa berinteraksi dengan orang lain. Ini berlaku kerana kurangnya klien mempunyai
kemahiran komunikasi dan mempunyai imej kendiri yang negatif. Matlamat
kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu cara klien berhubung dengan orang lain. Contohnya Mona,
seorang kerani ditegur oleh pengurusnya,Mona marah dan enggan mendengar apa
yang dikatakan ,lalu menyebabkan terputusnya aliran komunikasi antara keduanya.
Mona menganggap teguran itu adalah kritikan. Kaunselor boleh membantu Mona
untuk berhubung dengan lebih baik dengan pengurusnya.
Kepada sesetengah orang, membuat sesuatu keputusan
penting amat menyukarkan. Matlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah
membantunya membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan
muktamad diambil oleh klien sendiri klien mesti memahami dan tahu kenapa dan
bagaimana ia mencapai keputusan yang diambil. Contohnya Ah Seng berasa tidak
puas hati dalam pekerjaannya. Dia takut untuk membuat sebarang perubahan.
Kaunselor dapat membatu Ah Seng mencari
punca tidak puas hatinya. dan mencungkil nilai hidupnya. Kaunselor juga dapat
membantu Ah Seng mencari pelbagai alternative seperti menukar jabatan,
berbincang dengan majikannya atau menukar kerja.
Membantu mengembangkan potensi yang ada pada klien.
Matlamat ini bermaksud memberi peluang kepada klien umempelajari cara-cara
menggunakan kebolehan dan minatnya ketahap yang paling maksimum. Matlamat
kaunseling ialah mengurangkan atau mengatsi apa sahaja yang menyekat dan
membantutkan perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorang. Contohnya
Indra mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pelakon. Indra berasa tertekan
apabila dia asyik gugup dan takut semasa berdiri di khalayak ramai Ini
memnbantutkan cita-citanya.Kaunselor boleh membantu Indra berasa selesa apabila
berdiri di depan khalayak ramai dan secara tidak langsung mencapai
cita-citanya.
Setiap manusia mesti dilihat
menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan
masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat
diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih
realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan
suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh
dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan
kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca
dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi
serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup.
Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah
tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan
seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Selain itu, matlamat
kaunseling juga membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik.
Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya seandainya dia ingin
hasil yang memuaskan. Klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu
kehidupan yang berkesan dan memuaskan.
Bagi mempertingkatkan
kemampuan klien membuat keputusan maka hendaklah beranikan diri dengan membuat
keputusan. Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan. Ini kerana
proses membuat keputusan bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan atau
menyenangkan malah suatu yang berat bagi klien itu sendiri. Banyak masalah yang
timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor juga akan membimbing
klien membuat keputusan yang betul dan matang yang mana memerlukan klien
mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan
sebagainya.
Diharapkan klien
dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses
dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi
kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada
mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya,
memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan
ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya.
Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia
sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor
lagi.
No comments:
Post a Comment