Wednesday 29 August 2012

kemahiran asas bimbingan dan kaunseling



KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DISEDIAKAN OLEH: ROHASLINDA BINTI AB HAMID


KEMAHIRAN MENDENGAR SECARA AKTIF

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Rogers (1951) merumuskan “Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud ”.
Dalam situasi kaunseling, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada berucap atau memberi respon kepada percakapan klien terutamanya di dalam peringkat awal kaunseling. Kaunselor juga perlu memegang balik “ tanggapan kendiri” beliau supaya menjadi lebih terbuka untuk memberi masa dan galakkan untuk mendengar pesanan sebenar klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Oleh itu, kejayaan mencapai objektif kaunseling itu banyak bergantung kepada kemahiran mendengar seseorang kaunselor itu.
Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.
Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor untuk memberi perhatian kepada kedua-dua pesanan iaitu “verbal” dan tingkah laku iaitu “bukan verbal”. Kemahiran ini sangat penting untuk seorang guru apabila berurusan dengan klien iaitu murid yang mempunyai masalah. Setiap orang yang ingin berkongsi masalahnya akan berasa lega jika terdapat seseorang yang sudi mendengar masalahnya untuk diceritakan. Justeru itu, seorang guru yang baik mampu mendengar setiap masalah murid yang ingin diceritakan. Murid akan berasa selesa untuk meluahkan setiap masalah mereka kepada guru dengan syarat guru tersebut dalam keadaan bersedia untuk mendengar keluhan mereka. Selain daripada tutur kata, gerak geri murid semasa bercakap juga perlu patut dilihat dan didengar sama. Guru haruslah memberi tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan murid tersebut.
            Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Justeru itu, proses mendengar harus melibatkan seluruh deria yang terdapat pada seseorang guru yang ingin mendapatkan intipati permasalahan muridnya. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai bersalaman dan sebagainya.
            Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ, kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, kaunselor juga perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal dan kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti keletihan kaunselor atau kurang tenteram emosi.
            Sebagai seorang guru haruslah berusaha dengan menggunakan panduan tersebut dalam meningkatkan keberkesanan dalam sesi kaunseling mereka. Ini juga dapat membantu guru membentuk hubungan yang lebih selesa bersama murid mereka. Setiap guru mesti memahami tujuan murid/klien mereka berada di situ. Sebaiknya setiap guru haruslah mengkaji terlebih dahulu serba sedikit latar belakang murid tersebut. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, guru perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan oleh murid tersebut. Seperti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru haruslah bertahan dengan ganngguan-gangguan yang datang dari persekitaran seperti bunyi bising murid-murid kelas sebelah atau gangguan dari dalam hati sendiri seperti emosi yang kurang tenteram.
            Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulah kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti menyatakan semula apa yang telah dikatakan oleh klien dengan tepat,  menggambarkan semula isi kandungan serta perasaan klien tetapi dengan menggunakan perkataannya sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar faham dan mendengar percakapan klien tadi dan memberi respons kepada permasalahan klien.

10 kemahiran mendengar secara aktif menurut Jones (2004)

Dalam konteks perbualan guru bersama murid, guru seharusnya menunjukkan rasa minat untuk mendengar permasalahan murid. Berikan reaksi wajah yang sesuai bermaksud guru tersebut masih dalam sesi perbualan dan memahami segala yang diceritakan oleh murid.
Dalam proses mendengar secara aktif dan memberikan respon kepada klien, para kaunselor juga perlu menunjukkan mereka berminat dan menggunakan bahasa badan yang sesuai.

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHASA YANG SESUAI

Kaunselor perlu pastikan yang mereka menggunakan bahasa yang sesuai bila berhadapan dengan klien. Kaunselor juga harus memastikan bahasa yang digunakan adalah difahami oleh klien. Bahasa kaunselor mestilah “konsisten” atau “kongruen” dengan segala tindakan beliau. Sebagai contoh, “Jika seorang kaunselor mengatakan, “Saya sangat gembira bercakap dengan kamu”, nada suara beliau dan pergerakan badannya mesti menyampaikan suasana positif tersebut semasa menerima kliennya. Kemahiran ini terbahagi kepada dua iaitu kemahiran menyoal dan dorongan minimum.

Kemahiran menyoal

Kemahiran menyoal digunakan dalam sesi kaunseling untuk mendapatkan maklumat dengan mudah daripada klien. Ini adalah kerana sesetengah klien tidak menceritakan dengan jelas maklumat yang hendak disampaikan. Justeru itu, cara yang lebih baik adalah dengan bertanyakan soalan secara langsung mahupun tidak langsung kepada klien tersebut untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut lagi. Apabila kemahiran ini diaplikasikan dalam kaunseling, sungguhpun untuk memperolehi maklumat yang tertentu, fokusnya adalah ditumpukan untuk membangkitkan perasaan.
Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya tergugat. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.

Soalan tertutup adalah soalan yang menghadkan kepada beberapa perkataan sahaja. Jawapan yang diberikan pula tidak spesifik dan hanya memberi maklumat yang khusus sahaja. Sebagai contohnya, guru bertanya kepada murid tersebut “Adakah kamu tidak menyiapkan kerja sekolah?”
Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus. Selain itu, soalan tertutup juga dapat memberhentikan klien daripada terlalu banyak bercakap serta memberi arah tertentu di dalam perbincangan. Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja, seperti „ya‟ atau „tidak‟. 
Tujuan memberikan soalan tertutup juga adalah supaya sesi kaunseling tidak terkeluar daripada topik perbincangan dan mengurangkan klien daripada bercakap perkara yang tidak diperlukan.
Soalan terbuka pula merupakan soalan yang memerlukan perbincangan, mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci dan menggalakan klien supaya bercerita dengan lanjut tentang perkara yang dibincangkan. Namun begitu, ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan terbuka adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan sahaja.
Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu. Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti “bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku?” Atau “sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup anda? Soalan terbuka akan memberi peluang kepada klien untuk menerokai dan membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Ia turut menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih banyak ataupun memberikan penjelasan yang lebih jelas. Lazimnya, soalan terbuka menggunakan kata soal seperti “siapa”, “apa”, “di mana” dan “bagaimana”.
Bagi seorang guru yang hendak melakukan bimbingan pula, mereka harus menggunakan soalan yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan murid. Terdapat segelintir murid yang tidak mahu bercerita dengan lebih terperinci haruslah dimulakan dengan soalan-soalan tertutup terlebih dahulu. Soalan-soalan tertutup juga dapat menimbulkan perasaan tidak puas bagi murid kerana mereka mungkin menganggap bahawa boleh berlaku antara jawapan yang diberikan mengikut kefahaman guru. Justeru itu, ini boleh menggalakan murid-murid bercerita dengan lebih panjang dan membolehkan guru-guru mengajukan soalan terbuka untuk menggalakkan murid bercerita dengan terperinci.
Guru juga berwaspada dengan soalan yang hendak diajukan, ini boleh mengganggu proses kaunseling sekali gus mengganggu emosi murid-murid untuk terus bercerita dengan baik. Oleh itu, soalan yang hendak ditanya haruslah sesuai dengan keadaan dan menggunakan nada yang bersesuaian. Justeru itu, dalam penggunaan kemahiran interpersonal, seseorang guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai berserta dengan pergerakan badan yang sesuai.

Dorongan minimum

Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah seperti “hm…m, teruskan, “lepas itu”, “kemudian”, “jadi”, “terangkan lagi”, “oh…. ”, sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.
Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk menggalakkan klien terus bercerita. Selain itu, ia menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.
Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima adalah untuk menunjukkan kaunselor memberi perhatian, menolong penerokaan kendiri klien, supaya klien terus bercakap dan mempengaruhi arus perbualan di antara klien dan kaunselor.

KEMAHIRAN MEMAHAMI PERGERAKAN BADAN


Kesedaran visual merupakan satu aspek yang penting dalam pergerakan badan. Kesedaran visual ini melibatkan membaca pergerakan badan klien dengan menggunakan “isyarat” bukan verbal seperti ekspresi muka dan postur badan. Itu juga merangkumi pandangan/pandangan keliru/anggukan kepala/kesilapan dan penegasan suara dalam sesi soal jawab antara kaunselor dan klien.
Kemahiran-kemahiran bukan verbal yang lain ialah seperti tingkah laku, kontak mata, orientasi, sentuhan dan kedekatan dengan klien merupakan cara-cara komunikasi yang  penting apabila mengendalikan sesi kaunseling yang berkesan. Kaunselor perlu memastikan yang mereka tidak tegang dengan klien kepada klien mereka. Kaunselor dan klien hendaklah dalam keadaan baik supaya komunikasi antara mereka dapat difahami dengan mudah. Klien perlu mendapatkan keselesaan untuk bercakap dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan kontak mata dengan lebih kerap dengan klien. Kontak mata yang dimaksudkan mestilah tidak mengancam keselesaan kedua-dua belah pihak dan tidak menimbulkan fitnah. Sekiranya klien berasa malu, bolehlah kaunselor mengubah cara pandangan kearah lain bagi membolehkan klien mencurahkan perasaannya dengan lancar.
Kemahiran ini juga boleh dilihat dari segi cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling dijalankan. Jika pergerakan klien berlaku dengan kerap, ini menunjukkan dia berkeadaan tidak selesa dan mengalami jiwa yang tidak tenteram. Di antara tanda-tanda atau masalah pergerakan ialah percakapan terganggu, tangan menggeletar, keadaan nafasnya turun naik, kakinya menghentak lantai dan perhatian kearah kaunselor tidak tepat. Jika klien mempunyai tanda-tanda seperti ini, kaunselor hendaklah mengawasi pergerakan klien sama ada dia berada dalam keadaan konsisten atau tidak.
Keadaan muka kaunselor yang serius atau ekspresi bosan akan menyebabkan klien berasa tidak berminat untuk menerangkan dengan lebih lanjut atau berkomunikasi dengan kaunselor. Lain-lain bentuk pergerakan badan yang tidak senonoh yang boleh ditunjukkan oleh kaunselor ialah badan membongkok, membuat bunyi dengan jari kaki atau tangan, bermain dengan tangan atau rambut yang boleh membuatkan klien tidak selesa.  Air muka seseorang kaunselor hendaklah sentiasa senyum. Suka dan bersedia untuk memahami dan mengingat kembali apa yang disampaikan oleh klien. Kaunselor hendaklah merenung atau menentang mata klien dengan penuh perhatian semasa dia bercakap bagi menunjukkan kesediaan melibatkan diri dalam pertemuan yang diadakan. Kaunselor harus mengikuti perkembangan percakapan klien dan memberi dorongan minimum bagi menggalakkan dia meneruskan perkara-perkara yang penting. Kaunselor hendaklah mempunyai anggapan yang positif terhadap klien seperti menunjukkan kemesraan dan menghormati. Justeru itu, bahasa badan kaunselor dapat memberikan pelbagai maklum balas kepada klien.
Pentingnya kemahiran pergerakan badan bagi seseorang guru adalah untuk memahami jiwa murid tersebut dengan lebih mendalam. Murid hanya akan bercerita kepada sesiapa yang dipercayainya dan berasa selesa apabila berinteraksi dengannya. Justeru itu, seorang guru haruslah memahami pergerakan badan murid untuk lebih memahami diri murid. Guru tidak seharusnya cepat menghukum jika murid melakukan sesuatu kesalahan namun mereka haruslah mendengar keluhan murid kerana murid berhak diberi peluang untuk meluahkan pendapat atau masalah mereka. Guru juga haruslah sentiasa beranggapan positif kepada murid-murid supaya lebih mesra dan murid lebih menghormati guru.

KEMAHIRAN MEMBERIKAN MAKLUM BALAS YANG SESUAI

Maklum balas ialah seperti cermin dalam proses komunikasi. Maklum balas mencerminkan pesanan yang si pengantar telah menyampaikan kepada si penerima. Ia juga merangkumi apa yang si penerima menghantar balik kepada si pengantar pesanan. Maklum balas boleh berlaku dalam pelbagai cara. Salah satu cara ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Matlamat utama ialah untuk memudahkan penerokaan ke atas klien. Respons ini adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama ia digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang dirasa. Pengulangan yang dibuat oleh kaunselor lazimnya, hanyalah sebagai pembayang yang mencerminkan perasaan atau keseluruhan isi yang disampaikan oleh klien tadi. Ini merupakan satu cara langsung untuk mendapatkan maklum balas daripada kliennya. Melalui maklum balas ini, ia akan membantu klien untuk berfikir dan menumpukan perhatian terhadap situasi, orang, objek atau idea dengan lebih jelas. Ini akan menambahkan penerokaan kaunselor terhadap isi yang ingin dibincangkan dengan klien. Maklum balas juga juga boleh mengelakkan kekeliruan dan ketidaksefahaman antara kaunselor dan klien mengenai topic perbincangan mereka. Kaunselor perlu memastikan bahawa maksud asal mesej klien itu tidak berubah.
Klien-klien juga perlu menanya soalan-soalan yang tepat dan betul yang boleh digunakan secara berfaedah untuk mendapatkan maklum balas positif daripada kaunselor. sebelum memberikan maklum balas, kaunselor haruslah betul-betul memahami permasalahan yang dihadapi oleh klien. Kemudian, barulah maklum balas diberikan oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Kaunselor tidak digalakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang dan tidak menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali.
Tujuan utama mendapatkan maklum balas yang sesuai oleh kaunselor dalam sesi bimbingan dan kaunseling ialah untuk mendapatkan maklumat untuk memberi elobrasi kepada respon-respon klien. Maklumat yang diberikan oleh klien akan difahami dan diberikan sedikit penerangan yang lebih jelas untuk menjadikan klien lebih faham situasi klien yang sebenar. Selain daripada itu, maklum balas juga adalah untuk menolong klien dengan mencadangkan tindakan alternatif dalam cara-cara klien melihat diri mereka dan situasi mereka untuk membantu memfokus kepada perasaan mereka. Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang di alami atau dirasai oleh klien secara emosi. Dengan itu, kaunselor akan tahu bahawa perasaan dan tanggapan yang akan diluahkan oleh klien, tetapi merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku klien yang dapat membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya sekali. Dengan ini, kaunselor akan bagi idea –idea kepada klien untuk menangani masalah yang dihidapi oleh klien. Maklum balas juga bertujuan untuk menyemak persepsi dan untuk meringkaskan apa yang telah dipelopori oleh kaunselor dan klien.
Bagi seorang guru, kemahiran maklum balas ini haruslah dikuasai untuk mencapai kesepakatan dalam sesuatu perbincangan. Guru perlu mendapatkan maklum balas daripada murid-murid untuk membina komunikasi dua hala dan mengurangkan komunikasi sehala yang selalu di amalkan oleh segelintir guru iatu hanya guru yang menerangkan tanpa mendapatkan maklum balas daripada murid-murid. Komunikasi dua hala ini penting untuk mendapatkan percambahan idea daripada murid dan mengelakkan daripada murid bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. selain daripada itu, guru dapat mengetahui tahap kefahaman murid terhadap pengajarannya. Guru dan murid tidak dapat dipisahkan daripada komunikasi yang berkesan tidak kira dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Murid lebih selesa untuk berdamping dan bercerita dengan gurunya sekiranya mereka telah mempunyai hubungan yang erat dan mesra. Oleh itu, seseorang guru haruslah memastikan komunikasi yang baik dijalinkan terlebih dahulu dengan murid-murid agar dapat memudahkan proses interaksi berlaku sekiranya murid memerlukan bimbingan daripada guru tersebut.
Dengan mendapatkan maklum balas yang sesuai, seorang kaunselor boleh mengatasi halangan komunikasi dan membina satu perhungan dua hala yang dapat berfungsi dengan baik. 



           


Esei Uma VijayaKumar

Uma Mageswari A/P VijayaKumar

KEPENTINGAN, BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan kaunseling membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran. Secara umumnya, terdapat beberapa kepentingan bimbingan dan kaunseling. Pertamanya, ia membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling mereka.

Kedua-kedua bimbingan dan kaunseling membantu individu untuk mengetahui tentang. diri kendiri untuk menyesuaikan diri dengan orang laindan persekitaran mereka supaya mereka menjadi manusia seimbang. Sebagai seorang kaunselor di sekolah menengah, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan beberapa prinsip. Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya.

Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.

JENIS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Terdapat empat jenis bimbingan dan kauseling: Iaitu akademik, kerjaya, kerjaya dan social dan pekerjaan.

AKADEMIK

Bimbingan dan kauseling jenis akademik  memandu murid untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota, pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar, kemahiran mengingat, mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan.

Tambahan bimbingan dan kaunseling mengumpul dan memberikan maklumat berkenaan peluang melanjutkan diri selepas Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Pengumpulan maklumat ini adalah perlu agar para pelajar mendapat maklumat tentang ke mana hala tuju mereka selepas melepasi tahap-tahap tertentu dan.syarat-syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam atau swasta,tempat pengajian lain bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mereka yang tidak layak dan lain-lain peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran.

Seterusnya dalam bidang akademik tertumpu kepada pemilihan mata pelajaran elektif.sebagaimana yang semua arif bahawa apabila pelajar tamat PMR, SPM atau STPM, para pelajar terlibat dengan pemilihan mata pelajaran elektif. Untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan tahap pencapaian para pelajar maka bimbingan dan kaunseling menjadi tempat rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang pemilihan mata pelajaran tersebut. Pada kebiasannnya pelajar akan bertemu guru bimbingan kaunseling untuk mendapatkan gambaran tentang minat mereka dan mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian mereka sebelum mereka bertindak untuk mengambil keputusan.

Bimbingan dan kaunseling juga berperanan dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar dan berjaya dalam pelajaran. Kursus-kursus kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar maka mereka akan didedahkan dengan beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan kemahiran belajar sokongan.

Di samping itu, bimbingan dan kaunseling mendedahkan pelajar kepada kemahiran belajar seperti kemahiran membaca,membuat rujukan, pengurusan masa, mencatat nota, memberikan konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang kaji,kumpulan belajar,dan teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk menyambung pelajaran ataupun latihan.

KERJAYA

Seterusnya peranan, bimbingan dan kaunseling dalam  bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid .Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.

Seterusnya, pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan kemahiran Institusi pengajian tinggi awam dan swasta, institusi latihan kemahiran awam dan swasta. Pengumpulan bahan ini amat perlu utnuk kegunaan kaunselor bagi menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat persekolahan menengah. Selain daripada itu Pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan kemahiran Institusi pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan kemahiran awam dan swasta.Pengumpulan bahan ini amat perlu untuk kegunaan kaunselor bagi menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat persekolahan menengah. Selain daripada itu pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi atau institusi, latihan kemahiran institusi pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan kemahiran awam dan swasta. Pengumpulan bahan ini amat perlu untuk kegunaan kaunselor bagi menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat persekolahan menengah. Selain daripada itu guru bimbingan dan kaunseling juga bertanggungjawab untuk menerangkan pembiayaan pendidikan: Iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang.  Ia juga menerangkan pembiayaan pendidikan iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang.

KENDIRI DAN SOSIAL

Jenis bimbingan dan kaunseling yang seterusnya ialah kendiri dan sosial. Bimbingan dan kaunseling bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan ‘self esteem’ ,kerohanian,pengurusan tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran asertif yang boleh dilakukan melalui bimbingan kerjaya,p enyertaan pelajar dalam kem bina insan, kem motivasi, perkhemahan ibadah dan kaunseling keluarga. Semua aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kendiri dan sosial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak.

Bimbingan dan kaunseling juga membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah diperbincangkan .Dalam hal ini ,para pelajar dibantu serta dibimbing bagaimana untuk menyelasaikan masalah diri sama ada yang berpunca dari diri sendiri atau pun persekitaran. Dalam hal memberi bantuan dan bimbingan ini, kaedah tertentu yang difikirkan perlu akan diberikan kepada pelajar agar mereka  dapat membebaskan dirinya daripada belenggu masalah yang dihadapinya. Kaedah yang diberikan tersebut pada dasarnya adalah mengikut kehendak dan keperluan pelajar yang memerlukannya kerana segala tindakan yang bakal dilakukan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

PEKERJAAN

Akhirnya bimbingan dan kaunseling membantu murid untuk membekalkan maklumat yang berkaitan dengan peluang-peluang pekerjaan yang terdapat selepas pelajar-pelajar meninggalkan sekolah. Biasanya guru-guru kaunseling mengadakan seminar yang berkaitan peluang pekerjaan yang terdapat dengan menjemput badan-badan yang sepatutnya.

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kemahiran asas bimbingan dan kauseling ialah komunikasi interpersonal yang berlaku di antara klien dan kaunselor. Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan,  menyampaikan maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Komunikasi Interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan.

Komunikasi Interpersonal kadangkala dipanggil juga komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan

Saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi. Pengirim dan penerima komunikasi itu menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk menanggap maklumat, mesej dan tindakbalas yang dihasilkan. Tindakbalas dalam situasi komunikasi begini adalah pantas, rancak dan segera (Mansor,1984). Komunikasi Interpersonal berlaku atas pelbagai sebab iaitu untuk menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik, berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi (Pearson, 2000).

Terdapat beberapa ciri-ciri interpersonal yang yang harus seseorang kaunselor mengamalkan supaya sesi kaunseling menjadi lebih efektif. Pertamanya komunikasi berlaku secara bersemuka supaya banyak yang boleh diperhatikan semasa sesi kaunseling berlaku.

Seterusnya komunikasi interpersonal biasanya berlangsung dalam suasana informal. Dengan demikian, apabila komunikasi itu berlangsung antara murid dan guru pebimbing, murid lebih percayakan dan berkongsi maklumat sengan guru pebimbing.

KONSEP KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MEMBINA HUBUNGAN

Pertamanya adalah hubungan sihat antara kaunselor dan murid. Hubungan diantara guru bimbingan dan kaunseling dengan murid lemah perlulah baik, sihat dan positif. Untuk membina hubungan sihat antara guru bimbingan dan kaunseling , kita perlu ekspresi keindividuan yang baik serta mempromosikan pertumbuhan kendiri yang baik kepada murid kita. Selain itu, kita juga perlu berasa empati terhadap murid lemah tersebut. Apabila murid berprestasi lemah menceritakan masalah yang dihadapi dalam pembelajarannya kepada guru bimbingan dan kaunseling, kita perlu memikirkan kaedah penyelesaian masalah dalam kedudukan murid tersebut. Sebelum guru bimbingan dan kaunseling memberikan cara penyelesaian sesuatu masalah untukmurid berprestasi rendah, beliau perlu lebih memahami implikasi masalah yang akan dihadapi oleh murid tersebut samaada masalah tersebut diselesaikan dengan segera atau mengambil jangka masa yang lama. Contohya, jika keluarga murid tersebut kekurangan wang, bagaimanakah ibubapa hantar anak, kita perlu memikirkan cara penyelesaian yang sesuai. Ia mungkin mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya. Jika murid-murid datang ke sekolah dengan lambat, kita tidak perlu marah mereka, malahan kita perlu bersifat empati dan menanyakan masalah murid tersebut.

Justeru, semasa guru bimbingan dan kaunseling berbincang tentang masalahpembelajaran dengan murid berprestasi rendah, guru tersebut mestilah ikhlas bagimembantu murid berprestasi lemah untuk meningkatkan prestasi murid tersebut.Seterusnya, guru bimbingan dan kaunseling perlu bersifat terbuka semasa berbicang dengan murid berprestasi rendah. Apabila guru bimbingan dan kaunseling bersikap terbuka , klien(murid) akan cuba menceritakan masalah pembelajaran tanpa rasa segan atau malu. Jika murid tersebut menceritakan masalah yang dihadapinya dalam pembelajaran, ia memudahkan guru bimbingan dan kaunseling mencari jalan penyelesaian yang sesuai dengan masalah tersebut. Ada segelintir ibubapa tidak pedulikan pencapaian akademik anak-anak mereka. Sebagai contonya, seorang bapayang minum-minuman beralkohol mendera anak mereka sehingga ketenteramananak-anak mereka terjejas. Oleh itu, jika kita bersifat terbuka,kita dapat mengambil keputusan atau mencari penyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid lemah.

Kaunselor perlu empati terhadap memahami dan memikirkan perspektif klien.Bersifat terbuka supaya murid juga akan bersifat terbuka dan ini bantu membina hubungan yang positif dengan murid. Kaunselor juga mesti mendedahkan pandangan murid sendiri dan berkongsi perasaan.Sifat terbuka juga dapat menjalin hubungan yang saling percaya. Murid rasa lebih selesa jika rasa saling percaya terhadap kaunselor. Kaunselor juga harus  tunjuk rasa hormat dan terima seperti yang sedia ada Ini merupakan cari yang yang penting dalam membina hubungan dengna klien. Murid bermasalah akan rasa selamat sekiranya dapat membina hubungan dan penerimaan yang sihat.

Kaunselor perlu memberi perhatian dan mendengar daripada klien dan memahami kenapa beliau datang kepada kaunselor, menilai klien dan melihat sesuatu yang relevan dengan personaliti klien.Memerhati tindakan dan membawa sesi kaunseling ke tahap seterusnya.

MEMBERI PERHATIAN

Kaunselor mesti berikan perhatian yang secukupnya kepada muri-murid semasa kaunseling. Mereka boleh buat ini dengan menyemai kebolehan murid-murid dan melihat sesuatu masalah persektif murid.  Satu lagi cara kaunselor boleh beri perhatian kepada klien mereka ialah dengan menunjukkan minat secara “peramah” kepada semua klien. Sifat peramah ialah kebolehan untuk menunjukkan kemesraan dan perhatian serta menunjukan perasaan autentik untuk kebaikan orang lain. Seorang kaunselor yang peramah akan selalu menunjukkan senyuman yang mesra kepada klien-klien.  Perasaan peramah boleh dipupuk dengan mendengar secara aktif dan prihatin kepada masalah dan perasaan klien-klien. Kaunselor boleh mencapai ini dengan berkomunikasi semua respom klien dengan empati, berkongsi perasaan dan pengalaman klien dengan sesuai dan menilai perasaan dan pendapat orang lain. Dalam aspek memberi perhatian, seorang kaunselor juga perlu menunjukkan beberpara ciri-ciri penting. Antaranya ialah selalu jelas dan spesifik, mengambil masa untuk membuat refleksi tentang masalah klien, berfokus kepada tindakan, perasaan dan sikap klien serta rela untuk bertolak ansur untuk mencari jalan penyelesaian yang paling memuaskan antara kaunselor dan klien.

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK KONSEP KENDIRI POSITIF


Oleh : Khairunmisa binti Jamil Khir.

Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi ‘role model’ murid Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan membentuk ciri personaliti yang berkeyakinan Iklim sekolah yang kondusif serta ada peluang penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif.

PENGARUH KONSEP KENDIRI TERHADAP TINGKAH LAKU INDIVIDU

Penerimaan atau penolakan diri. Penerimaan kendiri apabila seseorang itu berperasaan kasih sayang dengan keluarga, rakan ataupun guru di sekolah.Perasaan yang dirasai akan membawanya menerima dan menghargai dirinya.Penolakan diri berlaku jika seseorang kurang mendapat penerimaan daripada orang-orang yang berinteraksi dengannya.

IMPLIKASI KONSEP KENDIRI TERHADAP TINGKAH LAKU PELAJAR

Peranan guru dalam pembentukan konsep kendiri positif Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran. Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam pembelajaran.Menerima murid-murid sebagai dirinya.Merancang aktiviti pembelajaran yang berpusatkan muridnya.


APAKAH ITU KONSEP KENDIRI?

Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri. Gambaran inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa paras, kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita.

Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas  dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia berkait rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku pada diri kita. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain.

Konsep kendiri seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri meliputi aspek jasmani dan juga psikologi. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami semenjak kanak-kanak masih kecil lagi.

Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti: “Becoming a Person”, konsep kendiri ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek iaitu  merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh itu ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif.

Konsep kendiri boleh dianggap sudah menjadi satu perkataan yang  biasa diperkatakan oleh orang ramai dalam kehidupan mereka. Tetapi setakat mana seseorang individu faham dan jelas dengan istilah ini bersama dengan struktur-strukturnya jawapannya hanya boleh dirujuk kepada beberapa pengertian dan pendapat oleh ahli-ahli psikologi dan kaunseling berikut.

Menurut Rogers (1951) yang mengemukakan Terapi Pusatan-Klien, beliau berpendapat bahawa konsep kendiri adalah terdiri daripada gabungan di antara penilaian sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya mengenai persepsi  orang lain terhadap dirinya seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah. Misalnya, jika seseorang individu mempunyai konsep kendiri yang dirinya adalah seorang yang baik dan bila berada di dalam sesuatu persekitaran, dia dilayan dan diberi perhatian sebagaimana yang sepatutnya diberikan kepada orang baik.

ASPEK KONSEP KENDIRI

Menurut Kash & Borich (1978) dalam buku “Teacher Behavior & Pupil Self-Concept,” konsep kendiri yang umum terdiri daripada lima deria  kendiri iaitu deria kendiri berpendirian, deria identiti kendiri, deria perkembangan kendiri, deria penghargaan kendiri dan deria imej kendiri. Model ini dikatakan mewakili komponen-komponen dalam bentuk bersifat psikologi yang konsisten dan biasa kepada kesemua konsep kendiri. Kendiri pendirian adalah yang paling dominan dan penting. Ia merujuk kepada   kebolehan merasa atau melihat yang umum berkenaan keselamatan-bahaya, penerimaan-penolakan  dan percaya-tidak percaya orang lain dan persekitaran. Identiti kendiri merujuk kepada  kebolehan kendiri bergabung dengan orang lain dan persekitaran dan mempunyai identiti peranan dan terlibat sebagai ahli sosial melalui komunikasi.

Penghargaan kendiri merujuk kepada pengesahan kendiri, pengiktirafan dan pengenalpastian berkenaan impak daripada orang lain dan persekitaran. Imej kendiri pula merujuk kepada keadaan nilai sekarang dan masa lepas berdasarkan imej kendiri  dan nilai berdasarkan kendiri unggul’

PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI

H.W.Marsh dan R.J.Shavelson (1985) telah  mendapati bahawa pelajar-pelajar mempunyai beberapa konsep kendiri yang berbeza-beza tetapi saling berkaitan. Konsep kendiri mereka terbentuk oleh konsep-konsep kendiri lain yang lebih spesifik. Secara keseluruhannya konsep kendiri dapat dibahagi kepada 3 bahagian  dalam bidang yang berbeza iaitu : Inggeris, Matematik, dan non-akademik (akhir-akhir ini  kajian menunjukkan bahawa kebolehan dalam bidang seni juga berpengaruh).

STRUKTUR KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri seseorang terdiri daripada 4 struktur utama. Setiap elemen-elemen ini memainkan peranan yang penting dalam memahami bagaimana konsep kendiri berkait rapat kepada mengarah dan mengekalkan tingkah laku individu. Elemen persepsi kendiri tersebut berkait rapat antara satu sama lain.


JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Berikut akan dibincangkan dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua konsep kendiri tersebut.

1.  Konsep Kendiri Positif

Jika kita perhatikan seseorang yang sering di kaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri yang positif. Mereka yang Mempunyai konsep kendiri yang positif ini sentiasa menerima layanan dan perhatian yang  baik sama ada daripada ibu bapa sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan mahupun orang yang berada di persekitarannya. Individu ini akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan. Individu ini juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu.  Individu ini juga tidak mudah melatah atau mengalah dan sanggup menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dan sekiranya berlakunya kegagalan, akan diterimanya dengan tenang dan tabah. Selain itu  individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dia juga bersifat mudah berinteraksi dengan orang lain serta senang didampingi. Individu ini sentiasa tenang dan stabil serta seimbang  dari segi emosi.

2.  Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi terbentuknya konsep kendiri yang positif di dalam diri seseorang individu. Pertamanya ialah  sentiasa memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian yang membina, hadiah dan sebagainya sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu sama ada mendapat kejayaan mahupun kegagalan. Peneguhan yang paling berkesan adalah datangnya dari ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan individu tersebut. Di antara peneguhan yang positif ialah: bagus cuba lagi yang lebih baik, Pandai anak ibu dan sebagainya.  Individu yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripada ibu bapa dan keluarga juga berkemungkinan besar akan dapat membentuk konsep kendiri yang positif. Ini kerana  individu tersebut tidak akan merasa kekurangan  dan kekosongan  dalam hidupnya. Mereka akan sentiasa merasa di hargai da merasa ada orang yang ada bersama-samanya dalam melakukan sesuatu. Keadaan dan persekitaran keluarga juga turut mempengaruhi seseorang individu dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Keadaan keluarga yang stabil dan harmoni akan membantu seseorang membina konsep kendiri yang baik. Sekiranya keluarga berada dalam keadaan yang harmonis dan ceria, setiap daripada ahli keluarga akan berasa selamat dan gembira dilahirkan dalam keluarga tersebut.  Selain itu individu yang sering mendapat pengiktirafan sama ada dari ibu bapa, guru dan rakan-rakannya berjaya membentuk konsep kendiri positif. Individu ini akan sentiasa dalam keadaan riang dan gembira kerana dapat membuatkan orang yang berada di persekitarannya mempercayai dan yakin dengan kebolehannya. Selain dari itu keyakinan yang tinggi yang ada dalam diri individu sendiri juga dapat membentuk konsep kendiri yang positif dalam dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat dan teguh kepada diri sendiri akan menyebabkan individu terbabit akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa merasa takut dam malu apabila mengalami kegagalan.

3.  Konsep Kendiri Negatif

Jika dilihat pula individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam apa bidang sekali pun biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif. Berbeza penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di mana individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu bersosialisasi dengan persekitarannya. Mereka yang tergolong dalam golongan individu yang mempunyai konsep kendiri negatif ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan. Mereka juga suka bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda darinya dan yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang  amat menyedihkan, individu ini amat mudah dipermainkan oleh orang lain.

4.  Faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif

Seperti mana yang kita ketahui seorang individu yang baru dilahirkan masih belum mempunyai konsep kendiri. Konsep kendiri yang kita ketahui terbentuk daripada proses berinteraksi dengan orang lain sama ada konsep kendiri positif ataupun negatif. Di sini akan dibincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif. Konsep kendiri yang negatif lahir daripada kurangnya kasih sayang, perhatian dan belaian daripada ibu bapa, guru ataupun orang dewasa yang lain. Ini mengakibatkan wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri individu tersebut. Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan akhirnya akan membentuk satu yang di namakan konsep kendiri yang negatif. Suasana keluarga juga merupakan faktor  yang boleh mendorong  kepada pembentukan konsep kendiri. Sekiranya suasana keluarga yang bahagia dan harmoni akan dapat membentuk konsep kendiri yang positif maka keadaan keluarga yang sebaliknya pula akan membentuk konsep kendiri yang negatif. Ini kerana keadaan keluarganya yang kucar kacir serta dengan keadaan ibu bapa yang sering bergaduh dan tidak memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak akan menyebabkan anak-anak yang sedang membesar berasa tidak selamat berada dalam keluarga tersebut. Perasaan ini pula akan menyebabkan anak-anak sentiasa dalam keadaan ketakutan serta kerunsingan dan seterusnya akan terbentuklah konsep kendiri yang negatif. Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah  berbanding dengan keluarga lain juga merupakan satu punca yang mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif. Individu tersebut akan berasa rendah diri kerana keperluan dan kehendaknya. tidak dapat dipenuhi oleh keluarganya seperti keluarga yang lain.          

Seterusnya aspek fizikal yang tidak sempurna juga dapat membentuk konsep kendiri yang negatif. Kecacatan yang dimiliki akan dirasakan sebagai penghalang kepadanya untuk bergaul

Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Dalam  hal ini semakin banyak seseorang bergaul, pengalamannya juga bertambah. Rogers (1951) telah menyatakan bahawa manusia itu memang mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri dengan syarat seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya.

Dengan ini adalah penting untuk seseorang memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya menuju ke arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Usaha meningkatkan konsep kendiri perlu terus dijalankan agar pelajar dapat menempuh masa depan  dengan penuh.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif :

a) Menghargai

b)  Memuji orang lain

c) Puas hati dengan pencapaian

d) Murah hati

e) Mudah berkawan

f) Puas hati dengan dirinya

g) Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya

h) Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

a) Cenderung untuk merasa salah

b) Takut kepada kegagalan

c) Sering merasa bimbang

d) Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil

e)Pencapaian akademik yang rendah

f) Tidak gemar kerja mencabar

g) Kurang keyakinan pada diri sendiri

h) Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas

i)Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti



Estim-diri - Sikap diri yang positif

Setiap pagi kita melihat diri kita di dalam cermin.Adakah kita suka melihat apa yang kita lihat? Yang kita lihat di dalam cermin itu ialah diri kita sendiri.

Dia adalah diri kita. Perasaan suka kepada diri sendiri bermakna kita mengetahui ciri-ciri yang ada pada diri kita dan tidak malu mengakuinya.

Ingatlah, di sekeliling kita terdapat ramai yang mahu kita menjadi seperti itu dan ini, bukan seperti yang kita mahu. Terpulanglah kepada kita untuk menerima atau menolak saranan-saranan itu.

Estim-diri kita terpancar pada cara kita berperilaku dan berkata-kata. Ia juga terpancar pada sikap yang kita miliki, pada keyakinan kita terhadap diri sendiri dan pada apa yang kita rasa berkenaan diri kita.

Jadi, sekiranya kita mempunyai estim-diri yang tinggi, antara tanda-tandanya ialah:

1. Kita menghormati dan menghargai diri sendiri, oleh itu kita tidak melakukan perbuatan yang memalukan dan membahayakan diri sendiri. Kita juga tidak menerima sahaja apabila orang lain menyebabkan kita mendapat malu atau membahayakan diri sendiri. Sebagai contoh, kita tidak akan menipu kerana perbuatan seperti itu akan menyebabkan kita boleh mendapat malu. Kita tidak akan menunggang motorsikal dengan laju kerana takut kemalangan. Jadi, orang yang sanggup melakukan perbuatan yang menyebabkan orang lain tidak hormat kepada mereka adalah orang yang estim-diri mereka rendah.

2. Kita dapat memisahkan antara diri kita dengan perbuatan kita. Jadi, kita dapat mengatakan kita yang bodoh. Sebaliknya, kita akan mengatakan perbuatan kita yang silap. Umpamanya, kita akan berkata pada diri sendiri bahawa kita pandai, cuma pada hari itu cara kita menjawab soalan peperiksaan itu yang silap.

3. Kita dapat menerima diri kita sendiri sebagaimana adanya. Kita tahu kelebihan yang kita miliki dan kita juga tahu kekurangan diri.

4. Kita berupaya menentukan apa yang kita mahu dan apa yang kita tidak mahu untuk diri kita sendiri. jadi, kita tidak akan membuat sesuatu semata-mata hendak menjaga apa orang lain kata.

5. Kita boleh menerima kenyataan bahawa orang lain mungkin lebih berjaya,lebih kaya dan lebih berbakat daripada diri sendiri. Kita tidak dengki, dan tidak berasa diri kita malang.

Estim-diri yang rendah tergambar pada perbuatan-perbuatan kita dan terpancar pada bahasa yang kita gunakan apabila kita bercakap.

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan estim-diri. Berikut adalah beberapa cara:

1. Kita mesti yakin kita berkuasa menentukan imej diri kita sendiri. Setiap orang boleh menentukan cara bagaimana dia mahu melihat dirinya sendiri. Oleh itu kita berkuasa mengubah imej diri kita. Kalau sekarang kita melihat diri sebagai seorang yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan, kita mesti mengubah tanggapan anggapan itu. Imej diri kita ada dalam minda kita. Oleh itu kita ada pilihan sama ada mahu mengubahnya atau tidak.

2. Jangan biarkan orang lain menentukan matlamat hidup kita. Ramai orang terperangkap dalam keadaan mereka menilai diri sendiri dengan berpandukan apa orang lain kata.

3. Kenal pasti matlamat hidup kita yang tidak realistik. Salah satu punca kegagalan kita ialah ialah kita membuat matlamat yang di luar keupayaan diri kita untuk mencapainya.

4. Buang stail bual-diri yang negatif.

Kita semua berbual dengan diri sendiri. Perbualkan berlaku dalam otak dan hati. Kebanyakan perbualan kita dengan diri sendiri adalah berkenaan analisis diri, iaitu apa kita kata tentang diri sendiri. Untuk menaikkan estim-diri, kita perlu mengiktiraf keupayaan dan bakat yang ada pada kita.

5. Kukuhkan kekuatan dan keistimewaan diri.

Setengah-setengah kelemahan memang tidak dapat kita ubah, sebagai contoh warna kulit dan tinggi tubuh kita. Hakikat ini mesti kita terima, tapi janganlah kita membesar-besarkannya.

6. Lipat gandakan usaha memperbaiki diri.

Antara perkara-perkara yang dapat kita lakukan ialah dengan membuat matlamat hidup yang realistik, menambah ilmu pengetahuan, belajar kemahiran baru dan menukar perbualan diri daripada perbualan negatif kepada perbualan positif.

7. Belajar menjalin hubungan positif dengan orang-orang lain. Kajian pakar-pakar psikologi mendapati orang-orang yang mempunyai estim-diri yang rendah cenderung melakukan perbuatan atau berkata-kata dengan niat merendah-rendahkan orang lain. - Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap (Siri Komunikasi Utusan).

https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcRRska_SZN1TPgtac2PgkVU3DUw4p0jo1xvKRElI3tUegwC1y0f

Esteem Diri dan Kanak-Kanak!

Esteem diri atau Self Esteem boleh didefinisikan sebagai bagaimana orang tersebut melihat dirinya sendiri. Wujudnya Esteem diri di kalangan kanak-kanak dapat dilihat melalui sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut. Perkembangan Esteem diri samada postif atau negatif akan mempengaruhi kehidupan individu tersebut sepanjang hayatnya. Oleh itu, adalah penting bagi ibubapa atau guru membantu kanak-kanak untuk membentuk Esteem diri yang positif.

Beberapa Fakta Tentang Esteem diri Yang Perlu Diketahui Oleh Ibubapa/Penjaga/Pendidik

1. Kanak-kanak mula membentuk kepercayaan tentang diri sendiri seawal usia mereka lagi.

2. Kanak-kanak melihat kepada perbuatan atau tingkahlaku ibubapa atau orang-orang yang berada disekelilingnya sebagai bukti bahawa dirinya disayangi. Sekiranya bukti-bukti ini tidak diperolehi, Esteem diri yang rendah akan terbentuk.

3. Esteem diri mempunyai kaitan dengan kejayaan dan kegagalan pelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang tinggi, iaitu percaya bahawa dia mempunyai kebolehan biasanya akan menunjukkan pencapaian yang baik berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah.

4. Esteem diri mempengarahui bagaimana kanak-kanak tersebut berhubung dengan orang lain. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang tinggi akan mempunyai hubungan yang baik dengan orang di sekelilingnya. Sebaliknya kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah akan mempunyai masalah untuk berhubung dengan orang lain.

5. Esteem diri mempengaruhi daya kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah akan kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang berisiko berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri tinggi.

6. Gaya asuhan yang diterima dari ibubapa akan mempengaruhi pembentukan self esteem kanak-kanak.

7. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah selalu mempunyai masalah atau berkonflik dengan ibubapa atau penjaga, dan juga dengan rakan sebaya.


Panduan Bagi Meningkatkan Esteem Diri Kanak-Kanak

1.Berikut adalah cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pembentukan self esteem yang positif di kalangan kanak-kanak.

2.Memberi pujian kepada anak-anak.

3.Beri perhatian dan kasih sayang kepada kanak-kanak samada dalam bentuk fizikal atau melalui perkatan

4.Layan dan menghormati kanak-kanak.

5.Konsisten apabila memberi peraturan atau arahan kepada kanak-kanak.

6.Jadilah ‘role model’ kepada kanak-kanak.

7.Dengar dan berilah respon apabila bercakap dengan kanak-kanak.

8.Tepati janji yang diberikan kepada kanak-kanak. Contohnya apabila berjanji untuk memberi hadiah, maka hendaklah ditunaikan. Apabila janji tidak ditunaikan, kanak-kanak akan merasa diri mereka tidak penting dan tidak dihargai.

9.Jangan biarkan kanak-kanak mengkritik diri mereka sendiri.

Petikan Modul I Keibubapaan:

Mahani Razali

Zainiah Mohd Isa

Kamarulzaman Awang

Mohd Aziz Shah

Ciri-ciri Individu Realisasi Diri

dipetik daripada buku Bakat dan Kemahiran Memimpin (Edisi kemas kini) oleh Puan Ainon Mohd dan Prof. Abdullah Hassan

Ada individu terdorong dengan hasrat dan keinginan menikmati yang tinggi serta ingin merealisasikan cita-cita peribadinya. Apabila estim mereka naik ataupun mereka berjaya, mereka berasa puas hati. Teori Maslow ini dapat menerangkan fenomena semangat, kecekalan, azam dan tekad segelintir individu yang berjaya mencapai impian-impian mereka yang dianggap mustahil oleh individu-individu biasa. Maslow mengemukakan ciri-ciri individu yang mempunyai dorongan realisasi diri yang tinggi. Ciri-Ciri itu adalah mereka :

a. mempunyai persepsi yang betul berkenaan realiti.
b. mempunyai keupayaan yang tinggi bagi menerima diri mereka sendiri, menerima diri orang lain dan menerima fitrah alam.
c. spontan.
d. memfokuskan perhatian dan penyelesaian masalah.
e. memerlukan privasi dan suka bersendirian.
f. berjiwa merdeka dan tidak mahu tunduk pada sekatan budaya.
g. mudah menghargai emosi dan mudah memberikan reaksi emosi.
h. lebih kerap mengalami saat-saat kemuncak kepuasan~Mereka mempunyai nilai kemanusiaan yang lebih tinggi.
i. mempunyai hubungan yang sihat dengan individu-individu di sekeliling mereka.
j. mempunyai nilai-nilai dan sikap yang lebih demokratik.
l. lebih kreatif.
m. mempunyai nilai-nilai yang mereka susun dan amalkan sendiri.

Apabila pemimpin itu hendak mendorong pihak bawahannya supaya mahu mengubah sikap dan tingkah laku, terlebih dahulu perlu diketahui keperluan-keperluan sasaran itu. Keperluan-keperluan individu adalah faktor yang dapat mendorong terpengaruh dengan kata-kata dan tingkah laku individu-individu lain. Adakah dia berasa tidak selamat? Adakah dia memerlukan estim? Adakah dia berasa tidak selamat? adakah dia memerlukan estim? adakah dia sedang cuba mencapai hasrat mahu merealisasikan dirinya yang sebenar?

Apabila mengetahui keperluan sasaran pada waktu sasaran sedang cuba dipengaruhi, mereka lebih mudah terdorong bagi mengubah pemikiran dan sikap kerana pada waktu yang sama, individu itu dapat memenuhi keperluan jiwa mereka. Gunakan beberapa peringkat keperluan mereka, umpamanya apabila hendak menggunakan keperluan bagi keselamatan tetapi sasaran tidak terpengaruh, cuba tukar kepada menggunakan keperluan estim mereka pula.

Contoh buku berkaitan konsep kendiri dan cara meningkatkan estim diri:




Monday 27 August 2012

Konsep Bimbingan dan Kaunseling

 





 

Konsep Kaunseling 

oleh: NURUL 'AIN AHMAD NAZRI

1.0       Pengenalan
Kaunseling bukan satu nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling mempunyai banyak maksud, menurut kamus dewan, bermaksud nasihat dan pertukaran mental. kaunseling adalah salah satu cabang psikologi. Perkhidmatan ini dijalankan oleh kaunselor professional bagi membantu perkembangan dan penyesuian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan antara klien dan kaunselor adalah secara sukarela dan berterusan bergantung keperluan klien tersebut. Kaunselor tidak akan meberikan jawapan secara lansung malah membuatkan klien berfikir dan memberikan mereka peluang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk mereka sendiri.
Oleh kerana kaunseling bukanlah satu nasihat, maka hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien meluahkan masalah mereka dan kaunselor cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah klien itu.

2.0       Definisi Kaunseling
Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang berlaku di antara dua orang individu yang dikenali sebagai klien dan kaunselor. Situasi ini berlaku dalam keadaan yang formal dan professional serta di mulakan dan di kekalkan dengan pertolongan perubahan tingkah laku. Dalam kedaan ini kaunselor adalah individu yang mempunyai pengetahuan yang amat luas dan berkebolehan sehinggalah  boleh membuatkan  seorang itu melakukan keputusan yang tepat. 
Terdapat dua jenis kaunsleing iaitu kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Kaunseling individu dikenali sebagai perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seprti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. Selain itu, kaunseling kelompok ialah perhubungan kanuselor dengan beberapa orang ahli .
Kaunseling kelompok ini juga adalah suatu proses perhubungan individu yang berasaskan akal fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana peransaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Kauseling kelompok akan berlaku di dalam kumpulan kecil yang halinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli yang lain. Mereka juga ingin pendapat daripada ahli yang lainnya. Sekiranya kaunseling kelompok ini berlaku maka ahli tidak akan berasa malu kerana semua ahlinya mempunyai masalah yang berlainan ataupun boleh juga menghadapi masalah yang sama.
Ramai juga ahli psikologi berpendapat kaunseling menekankan kepada perancangan yang lebih rasional, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengelak masalah penyesuaian yang serius, menyokong kepada situasi tekanan yang dihadapi oleh seseorang yang normal di dalam kehidupan seharian. Kaunseling adalah proses yang singkat berbanding psikoterapi.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.  Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.  Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar serta apa kelebihan dan kekurangannya apa yang boleh dilakukan dengan mudah apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya.  Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya.  Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah.  Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran.  Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif.  Ini berdasarkan kepada kepercayaan Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.  Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk.  Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

3.0       Difinisi Bimbingan
Bimbingan ialah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya, seperti memilih gaya hidup yang diingini. Ini berbeza dengan kaunseling kerana bimbingan lebih kepada membantu individu memilih apa yang mereka sukai dan hargai. Sementara itu, kaunseling perlu focus kepada mambantu klien untuk berubah. Kebanyakan tugas-tugas bimbingan di peringkat awal berlaku di sekolah dan pusat kerjaya di aman seorang yang lebih dewasa dan matang.

4.0       Definisi Psikoterapi
Psikoterapi adalah proses difokuskan untuk membantu Anda menyembuhkan dan konstruktif belajar lebih banyak bagaimana cara untuk menangani masalah atau isu-isu dalam kehidupan Anda. Hal ini juga dapat menjadi proses yang mendukung ketika akan melalui periode yang sulit atau stres meningkat, seperti memulai karier baru atau akan mengalami perceraian.
Umumnya psikoterapi dianjurkan bila seseorang mempunyai masalah dengan kehidupan, masalah hubungan atau kerja atau masalah kesihatan mental tertentu, dan isu-isu atau masalah yang menyebabkan banyak individu yang besar rasa sakit atau marah selama lebih dari beberapa hari. Anda tidak sepenuhnya yakin Anda akan mendapat manfaat dari itu. Jutaan orang mengunjungi psikoterapi setiap tahun, dan sebagian besar penelitian menunjukkan bahawa orang yang melakukannya manfaat dari interaksi. Kebanyakan terapi juga akan jujur dengan anda jika mereka yakin anda tidak akan mendapatkan keuntungan atau pendapat mereka, tidak perlu psikoterapi.

5.0       Perbezaan Di Antara Kaunseling, Bimbingan Dan Psikoterapi
Terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya. Kedua-duanya adalah proses  memberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan pendekatan yang sama.
Terdapat juga perbezaan yang ketara di antara kaunseling dan psikoterapi. Antaranya ialah, matlamat dan kaedah. Dari segi matlamat dan tujuan, kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kabajikan individu dan juga perkembangan psikologikal. Kaunseling juga bertujuan untuk menggalakkan individu tidak bergantung dan mempunyai dalam kehidupan.
Sementara itu, tujuan spikoterapi membantu klien yang mempunyai masalah dan kesukaran dari perkembangan psikologikal yang biasa.

6.0       Matlamat Bimbingan, Kaunseling Dan Psikoterapi
Sesuatu yang berlaku pastinya mempunyai matlamatnya tersendiri. Antara matlamatnya adalah dengan melalui sesi kaunseling klien diajar bertanggungjawab atas dirinya sendiri. Sikap lepas tangan tidak akan mendatangkan hasil yang baik. Jadi,klien hendaklah bertanggungjawab ke atas dirinya dan akan beruasaha sambil berhati-hati di dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah, klien akan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tidak akan menyalahkan orang lain.
Selain daripada membantu klien betanggunagjawab ke atas dirinya, namun terdapat juga matlamat lain yang boleh dilihat di sini. Matlamat yang kedua ialah memperbaiki imej diri yagn negatif. Dengan adanya imej diri yang negatif ini merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor akan membimbing klien membentuk imej yang positif. Selain itu juga, klien dapat belajar bagimana memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negqtif. Imej diri yang positif menandakan kestabilan pernolatinya. Pakar motivasi juga pernah mengatakan bahawa ‘Kita adalah apa yang kita fikirkan’. Ini bermaksud sekiranya kita memikirkan negatif, maka negatiflah yang kita perolehi. Sekiranya kita berfikir secara positif maka positiflah apa yang kita dapati.
Walaubagaimanapun penyesuain diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalamai banyak konflik. Dengan kata lain, klien hendaklah bergaul dengan orang lain agar klien dapat mengenal hati budi orang di sekeliling dan dapat juga meninjau masalah mereka dan mungkin juga dapat mendapat idea bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh klien sendiri. Klien juga perlulah sedar bahawa tidak boleh bergantung harap kepada orang lain atau persekitaran berubah terlebih dahulu. Ada kalanya orang lain tidak akan berubah. Maka apa yang penting di sini ialah, klien haruslah pandai menyesuaikan diri dengan kedaan sebagai usaha mengurangkan konflik yang dihadapi.
Matlamat yang seterusnya ialah dapat memudahkan atau menggerakkan perubahan tingkah laku. Ada kalanya tingkah laku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien. Tingkah laku perlu disesuaikan dengan siapa klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien berada. Kaunselor akan mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar. Ia juga boleh melakukan perubahan yang kecil. Ini juga akan membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang membolekan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Contohnya Ahmad, (seorang guru) selalu memberi respond yang negatif kepada pelajar yang lemah dalam kelas. Ini telah menyebabkan pelajarnya enggan berinteraksi dengannya dalam kelas. Ini menimbulkan masalah dan menganggu keberkesanan pengajaran. Dengan sesi kaunseling, Ahmad dapat menenal pasti masalah sebenar dan kaunselor boleh membantu Ahmad mengubah tingkah lakunya, iaitu Ahmad sepatut memberi sokonagn kepada pelajar yang berinteraksi dengannya dan membimbing mereka walaupun jawapan yang diberi adalah salah.
Ramai dikalangan klien yang menhadapi masalah semasa berinteraksi dengan orang lain.  Ini berlaku kerana kurangnya klien mempunyai kemahiran komunikasi dan mempunyai imej kendiri yang negatif. Matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu cara  klien berhubung dengan orang lain. Contohnya Mona, seorang kerani ditegur oleh pengurusnya,Mona marah dan enggan mendengar apa yang dikatakan ,lalu menyebabkan terputusnya aliran komunikasi antara keduanya. Mona menganggap teguran itu adalah kritikan. Kaunselor boleh membantu Mona untuk berhubung dengan lebih baik dengan pengurusnya.
Kepada sesetengah orang, membuat sesuatu keputusan penting amat menyukarkan. Matlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah membantunya membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan muktamad diambil oleh klien sendiri klien mesti memahami dan tahu kenapa dan bagaimana ia mencapai keputusan yang diambil. Contohnya Ah Seng berasa tidak puas hati dalam pekerjaannya. Dia takut untuk membuat sebarang perubahan. Kaunselor dapat membatu  Ah Seng mencari punca tidak puas hatinya. dan mencungkil nilai hidupnya. Kaunselor juga dapat membantu Ah Seng mencari pelbagai alternative seperti menukar jabatan, berbincang dengan majikannya atau menukar kerja.
Membantu mengembangkan potensi yang ada pada klien. Matlamat ini bermaksud memberi peluang kepada klien umempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan minatnya ketahap yang paling maksimum. Matlamat kaunseling ialah mengurangkan atau mengatsi apa sahaja yang menyekat dan membantutkan perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorang. Contohnya Indra mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pelakon. Indra berasa tertekan apabila dia asyik gugup dan takut semasa berdiri di khalayak ramai Ini memnbantutkan cita-citanya.Kaunselor boleh membantu Indra berasa selesa apabila berdiri di depan khalayak ramai dan secara tidak langsung mencapai cita-citanya.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Selain itu, matlamat kaunseling juga membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya seandainya dia ingin hasil yang memuaskan. Klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan.
Bagi mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan maka hendaklah beranikan diri dengan membuat keputusan. Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan. Ini kerana proses membuat keputusan bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan atau menyenangkan malah suatu yang berat bagi klien itu sendiri. Banyak masalah yang timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor juga akan membimbing klien membuat keputusan yang betul dan matang yang mana memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya.
  Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.